Artist's interpretation of article headline

Pelajar Mesir tegur Rosmah hina Islam

SHAH ALAM 23 Okt - Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam)...

Read More
Artist's interpretation of article headline

Project Two

Lorem ipsum dolor sit ame, consectetur adipiscing elit. In tincidunt.

Read More
Artist's interpretation of article headline

Project Three

Hendrerit tincidunt vero vel eorum claritatem. Soluta legunt quod qui dolore.

Read More
Artist's interpretation of article headline

Project Four

Aliquam elit risus, volutpat quis, mattis ac, elementum eget, mauris.

Read More
Dizahirkan oleh Bantu Islam Saturday, October 23, 2010 2 pendapat anda





SHAH ALAM 23 Okt - Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam) kesal apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dikatakan menjadi penaung kepada pertunjukan fesyen yang secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Presiden pertubuhan itu, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata umat Islam khususnya di Malaysia telah dikejutkan dengan pertunjukkan fesyen yang telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

"Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah SAW?

"Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam?" soal beliau.


Ilmam katanya lagi melahirkan kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

"Kita menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Umno-Barisan Nasional atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’.

"Kita juga melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program tersebut.

Justeru, kata Mohd Azizul, Ilmam turut menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini.

"Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina.

"Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya," tambah beliau dalam kenyataan media tersebut.

Ketua Pemuda PAS pusat, Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi juga telah menulis perkara yang sama dalam menyatakan pendapat beliau tentang IFF tersebut (boleh lihat disini episodeperjuangan ). Festival seperti itu telah menghina Islam dan itu adalah cubaan mengelirukan dan menjatuhkan maruah Islam. Sebagai seorang muslim yang faham, kita haruslah menyatakan kebenaran dan membenci perkara tersebut. Jika kita membiarkan perkara ini seolah-olah kita membenarkan Islam dihina. من اعان على معصية ولو بشطر كلمة كان شريكاله فيها
maksudnya : "Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimah, maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat.

Sumber diambil dari : darisungaiderhaka
                                      episodeperjuangan 

Dizahirkan oleh Bantu Islam 0 pendapat anda

Egypt 23 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir akan mengadakan solat Hajat Perdana "Ya Allah, selamatkan Kuttub Sittah" dan juga penerangan isu-isu semasa yang akan dibuat di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi' bermula jam 5.00 petang.

Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk menjayakan Kuttub Sittah dan juga menjelaskan kepada mahasiswa tentang isu-isu yang berlaku disekeliling. Solat Hajat Perdana diadakan kerana beberapa faktor, salah satunya ialah untuk menjayakan program Kuttub Sittah yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Ini kerana terdapat beberapa cubaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan program ilmiah tersebut.

Pengarah program Kuttub Sittah, Ustaz Muhammad Yusuf Abdul Qadir menyeru kepada semua mahasiswa untuk menjayakan Solat Sunat Hajat ini bagi melancarkan urusan program ini dan semoga dinaungi rahmat Allah sentiasa.
 

Sumber : kutubsittah-pmram
              fromegypt-wewrite

Dizahirkan oleh Bantu Islam Friday, October 22, 2010 0 pendapat anda

Ingin saya kupaskan lagi berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK ( Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ) untuk agensi Medic Mesir. Tindakan ini adalah satu tindakan yang SALAH. Sepatutnya JPMK merujuk terlebih dahulu kepada KBMK ( Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ) sebelum menandatangani surat tersebut. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan isu keselamatan mahasiswa di Mesir. Tindakan JPMK ini sebenarnya memalukan jabatan kerajaan Malaysia. Lebih-lebih lagi, surat tersebut mempunyai kesilapan yang terlalu banyak dan maklumatnya juga kurang jelas. Lihat ini :





Antara kesalahan yang terdapat pada surat di atas :

1) Tiada No. Rujukan .
2) Tiada nama pada tandatangan.
3) Tarikh diletakkan pada bahagian bawah.
4) Salah ejaan.

Dalam surat pertama tersebut, pihak JPMK menyatakan bahawa Academic Centre adalah SELAMAT untuk digunakan. Buat pengetahuan para ibubapa dan pelajar Medic Mesir, ini adalah TIDAK BENAR atas dua sebab :

SEBAB PERTAMA :

Pihak JPMK TIDAK MENGIKTIRAF kewujudan mana-mana agensi. Maka pihak JPMK tidak boleh mengeluarkan surat tersebut.Lihat ini :


Untuk lebih jelas. Sila rujuk :

ataseakademik

SEBAB KEDUA :

JPMK BUKANLAH PIHAK YANG BERKEUTAMAAN dalam soal memberi jaminan keselamatan kepada agensi tersebut kerana itu bukanlah di bawah bidang kuasa JPMK tetapi KBMK.

Saya mengharapkan kepada semua ibubapa di Malaysia terutamanya janganlah mudah terpedaya dengan apa yang dipromosikan oleh agensi. Lebih-lebih lagi agensi yang mempunyai masalah seperti ini . Saya mohon dengan sangat supaya anda tidak terpedaya. Sungguh, amat simpati dan kesian !

Sumber diambil dari : dzulhilmitantawi

Dizahirkan oleh Bantu Islam 0 pendapat anda

DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com.

Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.

Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.

Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti JPMK ini.

Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

Sekian, terima kasih.

Oleh,
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010

Sumber diambil dariWeb Rasmi DPMT

Dizahirkan oleh Bantu Islam 0 pendapat anda

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada ibu ayah pelajar yang begitu mengambil berat tentang anak-anak di bumi Tanta ini. Disini saya ingin memberikan penerangan berkaitan tentang isu yang berlaku agar para ibu bapa boleh melihat dari sudut dua belah pihak.

Pertamanya, bumi mesir ini cara pemerintahannya bukan seperti negara kita Malaysia, boleh dikatakan ianya seperti dibawah perintah darurat dan penuh dengan peraturan-peraturan kawalan keselamatan yang amat tinggi. Disini setiap laluan masuk dan keluar negeri-negeri akan dikawal oleh pihak polis. Oleh sebab itu setiap perkara perlu ada dalam makluman polis. Sebagai contoh satu peristiwa yang pernah berlaku di Tanta, seorang pegawai JPMK yang hadir ke Tanta dengan tiada makluman oleh pihak polis Tanta, maka apabila masuk ke sempadan Tanta polis periksa kereta diplomat bernombor plate hijau masuk, lalu polis terus excort kereta tersebut sehingga smpai ke Tanta, lalu menanyakan beberapa soalan terhadap wakil rombongan tentang mengapa mereka tidak maklumkan kehadiran ke sini. Sebab bagi kerajaan mesir setiap diplomat atau orang asing keselamatan mereka akan dijaga.

Begitu juga dengan program ke gamasah anjuran MM tahun lepas, bila mahu masuk ke kawasan gamasah polis tidak membenarkan sebab tiada makluman pada mereka, akhirnya bila berbincang dengan ketua polis baru dibenarkan masuk itu pun ditugaskan 2 org polis untuk menjaga 24 jam tempat penginapan peserta. Jika makluman ini diberitahu kepada pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) pastinya perkara seperti ini tidak berlaku.

Jadi dengan dua kisah ini saya harap para ibu bapa memahami situasi disini tidak sama seperti dinegara kita. Pihak keamanan mesir di Tanta telah menganggap pengerusi DPMT sebagai wakil pelajar di Tanta, jadi hal berkenaan pelajar dan rakyat malaysia di Tanta akan ditanyakan kepada pengerusi, ini kerana DPMT yang di naungi PMRAM merupakan sebuah NGO berdaftar disini. Berkenaan keselamatan rakyat malaysia pihak keamanan Tanta sering bertanya kepada pengerusi dan memberikan ketetapan-ketetapan yg perlu dipatuhi.

Antara ketetapan yang diberikan ialah
1) Tidak boleh bergaduh dengan warga arab. 
2) Tidak boleh terlibat dengan politik mesir (terutamanya pembangkang Ikhwanul Muslimin). 
3) Tidak boleh terlibat dengan apa jua perkumpulan haram atau tunjuk perasaan. 
4) Hanya masjid-masjid tertentu sahja yang dibenarkan para pelajar belajar, ini kerana ada sebahagian masjid yang dikuasai pembangkang. 
5) Hanya perlu 1 sahaja markaz @ tempat berkumpul bagi pelajar malaysia untuk tujuan pantauan pihak keamanan. ini adalah ketetapan dari pehak keselamatan di Tanta.

Jadi wajar apabila idea pembukaan centre ini dikeluarkan ada wakil DPMT yang datang berbincang dengan ummi (orang bertanggungjawab dalam mengendalikan Medik Mesir), sebagai satu jalan untuk menjaga keselamatan disini. bukan menghujum atau marah, cume datang untuk berbincang kemudian bila ditubuhkan juga AC ini, bila pihak keselamatan tahu, maka mereka ingin berjumpa dengan puan siti (ummi) serta pengurus MM,untuk mengetahui apa tujuan pembinaannya. Namun pihak puan siti (ummi) menutup telefon dan tidak menjawab panggilan serta tidak membalas mesej yang disampaikan oleh pihak DPMT yang mahu menyelesaikan isu ini.. Puan siti (ummi) memilih untuk mendiamkan diri. Adalah lebih baik puan siti (ummi) berjumpa dengan pihak keamanan Tanta dan terangkan sebagaimana yang diterangkan dalam post kali ini. Itulah cara yang betul.

Bila puan siti (ummi) memilih untuk mendiamkan diri, jadi pihak keamanan menekan pengerusi DPMT kerana tidak dapat jawapan berkenaan status AC ini, dengan sebab itu lahirnya isu ini yang mungkin pihak ibu bapa menganggap DPMT ini orang yang berfikiran negatif, tidak berlapang dada dan mengajak permusuhan kepada MM. itu satu tanggapan yg salah dan perlu saya betulkan. andai kata puan siti (ummi) memilih untuk memberi kerjasama dari awal lagi, insya Allah masalah ini sudah selesai.

Pihak DPMT dan PCT, tidak pernah memusuhi MM, bahkan awal kedatangan ejen MM ke bumi Tanta ini DPMT dan PCT lah yg banyak membantu, dari sudut perumahan,pendidikan dan kebajikan pelajar. namun apabila pelajar MM semakin ramai, mungkin jasa DPMT dan PCT sudah tidak diperlukan lagi, maka kata-kata negatif lah yg dilemparkan kepada mereka (DPMT & PCT).

Untuk akhirnya saya berharap, agar pihak ibu bapa, jangan pandang serong kepada persatuan ini (DPMT & PCT), kerana persatuan ini lah yang beri bantuan sebanyak-banyaknya kepada ejen MM sewaktu awal bertapak disni. Malah sehingga kini pihak persatuan masih menghulurkan bantuan. Isu ini berkaitan isu keselamatan, kalau tidak, tidak akan ditimbulkan dan dibesarkan. Andai pihak keselamatan datang menyerbu AC ketika mana program berlangsung, adakah pihak ibu bapa mahu anak-anak ibu bapa sekalian menjadi susah???. Oleh itu jalan sebaiknya, puan siti (ummi) berjumpa dengan pihak keselematan Tanta dan terangkan tujuan pembinaan AC ini. insya Allah masalah ini selesai..
Sumber diambil dari : permahati tanta

Dizahirkan oleh Bantu Islam 0 pendapat anda

Minggu ini kita dipanaskan lagi dengan isu sebuah agensi perubatan di cawangan Tanta yang ingin menubuhkan Academic Center (AC). Antara alasan yang diberikan oleh agensi ini adalah untuk bertanggungjawab dalam soal keselamatan pelajar-pelajar yang di bawah pengelolaannya.

Alasan ini tidak kukuh sebenarnya. Dari sudut kemampuan agensi ini untuk mengambil peduli soal keselamatan pelajar-pelajar mereka cukup lemah. Ini kerana mereka hanya mampu mengawalnya di kawasan premis mereka sahaja. Namun terbatas jika soal keselamatan itu berkait dengan masalah di luar premis mereka.

Selain daripada Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT), yang diberi kelayakan untuk berurusan dengan pihak keselamatan Mesir di Tanta, pihak Perubatan Cawangan Tanta (PCT) juga berkelayakan. Ini kerana PCT bernaung di bawah Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir yang merupakan satu-satunya persatuan perubatan yang diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah (KBMK). Kewujudan Persatuan Perubatan ini juga telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan oleh pihak KBMK. Inilah sebenarnya yang harus menilai bidang kuasa yang tertakluk kepada PCT dengan pihak keselamatan di Tanta.

Jika berlaku apa-apa masalah keselamatan di kalangan pelajar perubatan di Tanta khususnya, maka yang lebih berautoriti untuk berurusan dengan Pihak Keselamatan Mesir adalah pihak PCT.

Ketika masalah agensi ini cuba diselesaikan oleh pihak DPMT dan PCT supaya tidak mengundang masalah berbangkit khusus berkait dengan masalah keselamatan kelak, tiba-tiba pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) pula yang menambahkan masalah. Dalam usaha pihak DPMT dan PCT untuk menidakkan kewujudan AC di Tanta, JPMK pula menyibukkan diri dengan mengeluarkan kenyataan bertulis menyokong usaha agensi tersebut.
 
Tindakan ini menunjukkan pihak JPMK tidak perihatin terhadap masalah keselamatan berhubung dengan agensi yang tidak diiktiraf oleh pihak keselamatan Mesir. Kenyataan bertulis berupa sokongan yang dikeluarkan oleh JPMK adalah seperti berikut :



Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
Jabatan Penuntut Malaysia
21, El-A'nab St…
TAHNIAH
Kepada semua pelajar 'MedicMesir Tanta', kami ingin
Mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas inisiatif membangunkan
'Pusat Akademik'.
Kami mendoakan yang terbaik dan mengharapkan supaya
Fasiliti itu akan dimanfaatkan.
Kami menyokong penuh usaha ini.
Terima Kasih dan Selamat Sejahtera
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
10 Oktober 2010

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMK di atas terdapat beberapa persoalan daripada penulis yang memerlukan kepada respon pihak JPMK kepada semua pembaca. Persoalannya adalah:

PERTAMA : Kenyataan sokongan tersebut menggambarkan isu keselamatan tidak ada kaitan dengan usaha agensi tersebut bagi mewujudkan AC di Tanta. Ia menunjukkan pihak JPMK tidak merujuk terlebih dahulu pendirian daripada KBMK. Adakah sebarang kenyataan yang berkait dengan soal keselamatan warga negara Malaysia di Mesir dibuat oleh Pihak JPMK?

KEDUA : Adakah kenyataan ini mendapat keizinan daripada Encik Saiful selaku Pengusa Semantara KBMK jika ia dilihat sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh JPMK?

KETIGA : Benarkah dakwaan yang mengatakan Encik Zulkifli Bin Din adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan sokongan tersebut? Adakah bidang kuasa Encik Zulkifli ini sebagai Atase Pendidikan termasuk meluluskan kewujudan premis yang berfungsi sebagai AC di Mesir ini?

KEEMPAT : Jika benar kenyataan ini bersifat rasmi daripada pihak JPMK kenapa ia tidak disertakan nombor rujukan surat? Kenapa perkara surat tidak dinyatakan secara jelas? Kenapa tidak disertakan sekali siapakan orang yang bertangungjawab dalam menandatangani surat sokongan ini beserta jawatan yang ada?

KELIMA : Adakah tindakan membelakangi kuasa KBMK ini sebagai terjemahan terhadap hubungan yang tidak baik antara pihak JPMK dan KBMK semenjak kebelakangan ini?
 
Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini penulis serahkan kepada pembaca dan JPMK untuk menjawabnya.

p/s : Cuba perhatikan tandatangan pada surat tersebut seolah-seolah pihak yang bertanggungjawab hanya ingin melepaskan tanggungjawab mereka. Tiada cop rasmi dari pihak bertanggungjawab di atas tandatangan tersebut.